Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sukacita dimaklumkan Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan menganjurkan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon Baharu Peringkat UniSZA Tahun 2025. Tujuan program ini adalah untuk memupuk budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan staf UniSZA, menyediakan platform bagi meningkatkan kebolehan dan keupayaan staf UniSZA untuk berinovasi, mengiktiraf hasil projek KIK oleh staf UniSZA serta memilih wakil UniSZA untuk menyertai Konvensyen KIK Peringkat Universiti Awam Kali ke-18 Tahun 2026 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Maklumat Konvensyen adalah sepertimana ketetapan berikut:
| TARIKH/ HARI: | 22 DISEMBER 2025/ ISNIN |
| MASA: | 2.00 PETANG - 4.30 PETANG |
| TEMPAT: |
DEWAN SEMINAR CenTTM 1 PUSAT PENGURUSAN BAKAT & LATIHAN (CenTTM) UniSZA KAMPUS GONG BADAK |
| JURI JEMPUTAN: |
a) ENCIK WAN AHMAD RIDHWAN BIN WAN ABDULLAH TAJUDDIN PENOLONG PENDAFTAR WILAYAH (KEWANGAN) INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) INTAN KAMPUS WILAYAH TIMUR (INTIM) b) ENCIK MOHD FIRDAUS BIN RAMELI JURUTERA MEKANIKAL JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI PAHANG |
Staf yang berkelapangan dan diberi ruang serta kebenaran oleh Ketua Pusat Tanggungjawab (KPTj) bolehlah menghadirkan diri ke Dewan Seminar CenTTM 1 pada tarikh sepertimana yang telah ditetapkan bagi menyaksikan pertandingan tersebut. Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh berhubung dengan Encik Fauzi bin Mohd, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688509/ 019-9631663.
Kerjasama tuan/puan dalam menjayakan program ini adalah diharapkan dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian dan salam hormat.
Pusat Pengurusan Bakat & Latihan (CenTTM) UniSZA Kampus Gong Badak Tel : 09-6688378 / 019-9631663
Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my