Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sukacita dimaklumkan Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan menganjurkan Kursus AI For Office Management Staf Pentadbiran UniSZA 2026. Tujuan program ini adalah untuk meningkat kefahaman dan keupayaan staf pentadbiran UniSZA dalam menggunakan teknologi kecergasan buatan (AI) bagi meningkatkan kecekapan kerja pentadbiran, analisis maklumat, laporan dan cadangan yang lebih berfakta, membekalkan kemahiran digital yang releven untuk pembangunan kerjaya dan keperluan masa hadapan staf UniSZA.
Maklumat kursus adalah sepertimana ketetapan berikut:
| TARIKH/ HARI: | 2 FEBRUARI 2025/ ISNIN |
| MASA: | 8.30 PAGI - 4.30 PETANG |
| TEMPAT: |
DEWAN SEMINAR CenTTM 1 PUSAT PENGURUSAN BAKAT & LATIHAN (CenTTM) UniSZA KAMPUS GONG BADAK |
| PENCERAMAH: |
YBRS. PROF. MADYA DR. AZWA BIN ABDUL AZIZ KETUA KLUSTER PENYELIDIKAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI) |
Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh berhubung dengan Encik Fauzi bin Mohd, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688509/ 019-9631663.
Kerjasama tuan/puan dalam menjayakan program ini adalah diharapkan dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian dan salam hormat.
Pusat Pengurusan Bakat & Latihan (CenTTM) UniSZA Kampus Gong Badak Tel : 09-6688378 / 019-9631663
Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my