Pada 4 Februari 2026, satu operasi pemeriksaan dan penggredan premis makanan telah dijalankan di Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA).
Program dimulakan dengan sesi taklimat berkaitan status kebersihan kiosk makanan dan dapur sajian yang disampaikan oleh Puan Nabilla Affiqqah binti Mohd Rosli, Pegawai Kesihatan Persekitaran dari Jabatan Perubatan Masyarakat.
Seterusnya, pemeriksaan dan penggredan kiosk makanan, kafe serta dapur sajian telah dilaksanakan oleh 8 orang pegawai dari Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, PKD Kuala Nerus, yang diketuai oleh Encik Shamsul Izuan bin Sapiin.
Alhamdulillah, hasil pemeriksaan mendapati 7 kiosk makanan dan minuman, 1 kafe serta 1 dapur sajian telah berjaya memperoleh penarafan Gred A ,satu pencapaian yang membanggakan!
Sebagai tanda penghargaan dan sokongan dalam memastikan premis makanan sentiasa bersih, kemas dan mematuhi piawaian keselamatan makanan, sesi penyerahan cenderamata telah disempurnakan oleh Dr. Mohd Ihsanuddin bin Abas, Ketua Jabatan Perubatan Masyarakat kepada pihak PKD Kuala Nerus.
Terima kasih atas kerjasama semua pihak demi memastikan persekitaran hospital yang bersih dan selamat untuk warga HoSZA ????
#HoSZA
#KesihatanNadiKehidupan
#PKDKualaNerus
#JKNTReachMe
Dihantar oleh: faaizuddinsalleh@unisza.edu.my