Berita

Hebahan

JKNT Perkukuh Kerjasama Bersama HoSZA dalam Pengurusan Penyakit Berjangkit dan Bencana

JKNT Perkukuh Kerjasama Bersama HoSZA dalam Pengurusan Penyakit Berjangkit dan Bencana

 

1 Februari 2026 – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) bersama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Nerus telah mengadakan lawatan kerja ke Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam aspek pengurusan penyakit berjangkit dan pengurusan bencana.

 

Sesi taklimat telah dipengerusikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Nik Ahmad Shaiffudin bin Nik Him, Timbalan Pengarah (Klinikal) HoSZA, dan dimulakan dengan pembentangan berkaitan Pengurusan Penyakit Berjangkit oleh Encik Muhammad Faaizuddin bin Mohd Salleh, Pegawai Kesihatan Persekitaran, Jabatan Perubatan Masyarakat HoSZA. Taklimat seterusnya berkaitan Pengurusan dan Pengendalian Sampel Makmal disampaikan oleh Dr.Nor Rasidah binti Rasid, Pakar Patologi (Mikrobiologi), Jabatan Patologi dan Makmal Perubatan HoSZA.

 

Program diteruskan dengan taklimat Program Survelan Acute Flaccid Paralysis (AFP) yang disampaikan oleh Dr.Wan Nor Hafizah binti Wan Baharuddin, Ketua Penolong Pengarah Kanan 1, Sektor Penyakit Berjangkit JKNT termasuk pelantikan focal person AFP bagi HoSZA, serta taklimat terakhir Disaster Management Plan serta peranan JKNT dan HoSZA dalam pengurusan bencana oleh Dr.Amer Taufek bin Abd Wahab, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Survelan,JKNT.

 

Lawatan turut merangkumi sesi penyerahan cenderamata serta tinjauan ke Menara Tinjau HoSZA dan Pusat Rawatan Hiperbarik HoSZA. Diharapkan lawatan ini dapat memperkukuh jaringan kerjasama antara JKNT, PKD Kuala Nerus dan HoSZA demi kesiapsiagaan serta respons kesihatan awam yang lebih berkesan.

 

#HoSZA

#UniSZAPastiTahu

#ProudlyUniSZA

#KesihatanNadiKehidupan

#JKNTReachMe

#pkdkualanerus

Dihantar oleh: faaizuddinsalleh@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.