Berita

Hebahan

KURSUS PEMANDUAN BERHEMAH STAF UniSZA SIRI 1/2026

Assalammualaikum & Salam Sejahtera...

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) dengan kerjasama Pejabat Pendaftar akan mengadakan Kursus Pemanduan Berhemah Staf UniSZA. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memastikan pemandu memahami serta mematuhi prosedur, pekeliling dan garis panduan berkaitan penggunaan dan pengendalian kenderaan kerajaan serta membentuk sikap pemanduan yang berhemah, berdisiplin dan bertanggungjawab dalam kalangan pemandu kenderaan kerajaan selaras dengan etika perkhidmatan awam.

Maklumat kursus adalah sepertimana ketetapan berikut :

Tarikh/Hari  :  9-10 Februari 2026 (Isnin-Selasa)

Tempat        :  Bilik UniSPark, Kompleks UniSiswa                                                                      UniSZA Kampus Gong Badak

Sehubungan dengan itu, semua peserta yang terlibat diwajibkan mengikuti kursus tersebut. Kerjasama dan komitmen tuan/puan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, untuk makluman.

 

Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM)                                                UniSZA Kampus Gong Badak                                                                                Kuala Nerus, Terengganu

Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.