Berita

Hebahan

JEMPUTAN KE BENGKEL PENERBITAN ARTIKEL PENYELIDIKAN BERIMPAK TINGGI STAF UniSZA 2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Bengkel Penerbitan Artikel Penyelidikan Berimpak Tinggi (Bidang Pengajian Islam) Staf UniSZA 2026. Bengkel ini antara lain bertujuan untuk meningkatkan keupayaan penyelidik dalam bidang Pengajian Islam bagi menghasilkan dan menerbitkan artikel penyelidikan berkualiti tinggi serta diiktiraf di peringkat antarabangsa. 

 Maklumat bengkel adalah sepertimana ketetapan berikut:

 

Tarikh/ Hari:   11 & 12 Februari 2026 (Rabu & Khamis)

Masa:   8.30 pagi - 4.30 petang

Tempat:   Dewan Seminar CenTTM 1, UniSZA Kampus Gong Badak

Penceramah:   

i) YBrs. Dr. Abdul Kadir Jaelani, Pensyarah, Universitas Sebelas Maret, Indonesia

ii) YBrs. Dr. Ayub Torry Satriyo Kusumo, Pensyarah, Universitas Sebelas Maret, Indonesia

 

Untuk sebarang maklum balas, boleh hubungi Encik Fauzi bin Mohd, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688509/ 019-9631663.

Segala kerjasama amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Dihantar oleh: norlaili@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.