Assalammualaikum & Salam Sejahtera...
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Program Ambang Ramadan Tahun 2026. Tujuan program ini diadakan adalah untuk kita menghayati ibadah puasa sebagai salah satu rukun Islam, menerapkan nilai murni dan akhlak baik berteraskan Al-Quran dan tauladan serta menghayati bulan Ramadan Al-Mubarak sebagai bulan yang dipenuhi rahmat dan barakah dan pemangkin kejayaan Ummah.
Maklumat program adalah sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh/ Hari: 15 Februari 2026 (Ahad)
Masa: 10.00 Pagi
Aplikasi: Secara Atas Talian (Cisco Webex)
Penceramah: YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Shafiee bin Hamzah Pengarah Pusat Pengurusan Bakat & Latihan (CenTTM) UniSZA
Tajuk Ceramah: “Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan”
Link : https://tinyurl.com/27u6n2d4
Sehubungan dengan itu, semua staf UniSZA dijemput hadir untuk mengikuti sesi ceramah secara bersemuka dan atas talian dengan menggunakan aplikasi Cisco Webex UniSZA sepertimana Link di bawah :
Kerjasama YBrs. Prof. / Prof. Madya / Dr. / tuan / puan dalam menjayakan program ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) Bangunan CenTTM UniSZA Kampus Gong Badak 21300 KUALA NERUS TERENGGANU DARUL IMAN
Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my