Assalammualaikum & Salam Sejahtera...
Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kaunseling, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UniSZA dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Program Kesedaran Kesihatan Mental : Gangguan Panik dan Gangguan Obsesif - Kompulsif (OCD): Punca, Kesan dan Cara Mengurus Dalam Kehidupan Seharian Secara Atas Talian (Cisco Webex).
Maklumat program adalah sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh/ Hari: 25 Februari 2026 (Rabu)
Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari
Aplikasi: Secara Atas Talian (Cisco Webex)
Penceramah: YBrs. Dr. Wan Hanie Rasyida binti Wan Hashim Pakar Pskiatri Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu
Tajuk Ceramah: “Gangguan Panik dan Gangguan Obsesif - Kompulsif (OCD)” : Punca, Kesan dan Cara Mengurus Dalam Kehidupan Seharian"
Sehubungan dengan itu, semua staf UniSZA dijemput hadir untuk mengikut sesi ceramah secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Cisco Webex sepertimana Link di bawah :
Kerjasama YBrs. Prof. / Prof. Madya / Dr. / tuan / puan dalam menjayakan program ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) Bangunan CenTTM UniSZA Kampus Gong Badak 21300 KUALA NERUS TERENGGANU DARUL IMAN
Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my