Assalammualaikum & Salam Sejahtera...
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Program Ceramah Ihya Ramadan Siri 2 Tahun 2026. Tujuan program ini diadakan adalah untuk kita menghayati ibadah puasa sebagai salah satu rukun Islam, menerapkan nilai murni dan akhlak baik berteraskan Al-Quran dan tauladan serta menghayati bulan Ramadan Al-Mubarak sebagai bulan yang dipenuhi rahmat dan barakah dan pemangkin kejayaan Ummah.
Maklumat program adalah sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh/ Hari: 3 Mac 2026 (Selasa)
Masa: 9.00 Pagi - 11.00 Pagi
Aplikasi: Secara Atas Talian (FB Live UniSZA)
Tempat: Dewan Seminar CenTTM 1 (Secara Bersemuka) Bangunan CenTTM UniSZA Kampus Gong Badak
Penceramah: YBrs. Prof. Dr. Normadiah binti Daud Pengarah Penerbit UniSZA
Tajuk Ceramah: “Ramadan Pembuka Pintu Barakah”
Sehubungan dengan itu, semua staf UniSZA dijemput hadir untuk mengikuti sesi ceramah secara bersemuka dan atas talian dengan menggunakan aplikasi FB Live UniSZA.
Kerjasama YBrs. Prof. / Prof. Madya / Dr. / tuan / puan dalam menjayakan program ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) Bangunan CenTTM UniSZA Kampus Gong Badak 21300 KUALA NERUS TERENGGANU DARUL IMAN
Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my