Berita

Hebahan

KURSUS HANDS ON: WRITING SYSTEMATIC LITERATURE REVIEW ARTICLE USING AI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Kursus Hands On: Writing Systematic Literature Review Article Using AI. Kursus ini antara lain bertujuan untuk memahami dan melaksanakan Systematic Literature Review (SLR) secara sistematik, pencarian literatur strategik melalui pangkalan data seperti Scopus dan Web of Science (WoS) serta mengaplikasi Teknologi AI bagi menghasilkan Artikel SLR yang berkualiti.

Maklumat kursus adalah sepertimana ketetapan berikut:

Tarikh/ Hari:   29 - 30 Mac 2026 (Ahad - Isnin)

Masa:   8.30 pagi hingga 5.00 petang

Tempat:   Dewan Alumni Komuniti Masjid UniSZA (DAKMU), UniSZA Kampus Gong Badak

Surat jemputan telah diedarkan melalui emel kepada peserta yang terlibat pada 10 Mac 2026 (Selasa). Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Puan Anizan binti Jaafar, Ketua Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-668 7926/ 013-996 7388.

Kerjasama YBrs. Prof./Dr./tuan/puan dalam menjayakan kursus ini adalah diharapkan dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian dan salam hormat.

Dihantar oleh: norlaili@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.