Berita

Hebahan

KURSUS ASAS PENGURUSAN PEJABAT STAF PENTADBIRAN UniSZA : PENULISAN LAPORAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sukacita dimaklumkan Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan menganjurkan Kursus Asas Pengurusan Pejabat Staf Pentadbiran UniSZA :  Penulisan Laporan UniSZA. Tujuan kursus ini adalah untuk memahami takrifan, komponen dan struktur asas laporan aktiviti yang berkesan serta mengenal pasti perbezaaan laporan aktiviti secara rasmi dengan penulisan aktiviti berbentuk berita serta menguasai teknik penulisan yang jelas, ringkas, tepat dan menggunakan laras bahasa yang bersesuaian serta mampu menyusun maklumat dalam laporan secara logik dan sistematik.

Maklumat kursus adalah seperti mana berikut:

TARIKH/ HARI:

7 APRIL 2026/ SELASA

MASA:

8.30 PAGI - 4.30 PETANG

TEMPAT:

DEWAN SEMINAR CenTTM 1                                          PUSAT PENGURUSAN BAKAT DAN LATIHAN (CenTTM) UniSZA KAMPUS GONG BADAK

PENCERAMAH:

PUAN ZURINA BINTI MANSOR                                      TIMBALAN PENGARAH                                                    PEJABAT PENERBIT UniSZA    

Surat jemputan wakil Pusat Tanggungjawab (PTj) masing-masing telah pihak CenTTM edarkan pada 10 Mac 2026 (Selasa). Sebarang pertanyaan pihak tuan/puan boleh berhubung dengan Encik Fauzi bin Mohd, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688509/ 019-9631663.

Kerjasama tuan/puan dalam menjayakan kursus ini adalah diharapkan dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian dan salam hormat.

 

Pusat Pengurusan Bakat & Latihan (CenTTM)                                                      UniSZA Kampus Gong Badak                                                                                Tel : 09-6688378 / 011-65167994

Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.