Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sukacita dimaklumkan Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan menganjurkan Kursus Asas Pengurusan Pejabat Staf Pentadbiran UniSZA : Pengurusan Kewangan UniSZA Siri 1/2026. Tujuan kursus ini adalah untuk memahami konsep asas pengurusan kewangan dan menerapkan pengurusan kewangan yang berasaskan kepada peraturan dan prosedur tepat serta memahami prinsip pengurusan kewangan bagi membuat keputusan yang betul dan tepat.
Maklumat kursus adalah seperti mana berikut:
|
TARIKH/ HARI: |
9 APRIL 2026/ KHAMIS |
|
MASA: |
8.30 PAGI - 4.30 PETANG |
|
TEMPAT: |
DEWAN SEMINAR CenTTM 1 PUSAT PENGURUSAN BAKAT DAN LATIHAN (CenTTM) UniSZA KAMPUS GONG BADAK |
|
PENCERAMAH: |
a) DR. HAZRIN IZWAN BIN CHE HARON@SHAFIEE KETUA BAHAGIAN PENGURUSAN PENJANAAN STRATEGIK PEJABAT BENDAHARI UniSZA b) PUAN WAN NURUL SYAFIQAH BINTI WAN OTHMAN PEGAWAI AKAUNTAN PEJABAT BENDAHARI UniSZA |
Surat jemputan wakil Pusat Tanggungjawab (PTj) masing-masing telah pihak CenTTM edarkan pada 12 Mac 2026 (Selasa). Sebarang pertanyaan pihak tuan/puan boleh berhubung dengan Encik Fauzi bin Mohd, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688509/ 019-9631663.
Kerjasama tuan/puan dalam menjayakan kursus ini adalah diharapkan dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian dan salam hormat.
Pusat Pengurusan Bakat & Latihan (CenTTM) UniSZA Kampus Gong Badak Tel : 09-6688378 / 011-65167994
Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my