Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sukacita dimaklumkan Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan menganjurkan Bengkel Penyediaan Dokumen Kumpulan KIK Horizon Baharu UniSZA Tahun 2026 . Bengkel ini bertujuan untuk membuat semakan terhadap penyediaan slaid projek Kumpulan KIK UniSZA Tahun 2026 dan membuat persediaan dokumentasi projek Kumpulan KIK UniSZA mengikut kriteria dan format yang ditetapkan bagi menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon Baharu Peringkat Universiti Awam (UA) Tahun 2026.
Maklumat program adalah seperti mana berikut:
| TARIKH/ HARI: | 20-21 APRIL 2026/ ISNIN-SELASA |
| MASA: | 8.30 PAGI - 4.30 PETANG |
| TEMPAT: | DEWAN SEMINAR CenTTM 1, BANGUNAN PUSAT PENGURUSAN BAKAT & LATIHAN (CenTTM) UniSZA KAMPUS GONG BADAK |
| PENCERAMAH: |
ENCIK HUSAINI BIN ABD. RAZAB TIMBALAN PENDAFTAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KELANTAN/ KETUA PAKAR RUJUK KIK UiTM |
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Encik Fauzi bin Mohd, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688509/ 019-9631663.
Kerjasama YBrs. Prof./Dr./tuan/puan dalam menjayakan bengkel ini adalah diharapkan dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian dan salam hormat.
Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my