Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sukacita dimaklumkan Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan menganjurkan Kursus Asas Pengurusan Pejabat Staf UniSZA : Pengurusan Rekod dan Fail UniSZA. Tujuan kursus ini adalah untuk membantu staf menguasai teknik pengelasan dan pengurusan fail yang berkesan, membina keupayaan staf untuk mengamalkan pengurusan fail dan rekod yang selamat dan sistematik serta menggalakkan staf menerapkan amalan terbaik dalm pengurusan fail dan rekod awam di tempat kerja.
Maklumat kursus adalah seperti mana berikut:
| TARIKH/ HARI: | 18 MEI 2026 / ISNIN |
| MASA: | 8.30 PAGI - 4.30 PETANG |
| TEMPAT: |
DEWAN SEMINAR CenTTM 1 PUSAT PENGURUSAN BAKAT & LATIHAN (CenTTM), UniSZA KAMPUS GONG BADAK |
| PENCERAMAH: |
ENCIK MOHD USAIRI BIN MOHAMED ZAINUDDIN PENOLONG PEGAWAI TADBIR HOSPITAL SULTAN ZAINAIL ABDIN (HoSZA) UnISZA KAMPUS GONG BADAK |
Surat jemputan peserta yang terpilih telah diedarkan melalui dispecth dan e-mel kepada peserta yang terpilih mulai 3 Mei 2026 (Ahad). Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Puan Anizan binti Jaafar, Ketua Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 013-9967388.
Kerjasama YBrs. Prof./Dr./tuan/puan dalam menjayakan kursus ini adalah diharapkan dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian dan salam hormat.
Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) Bangunan Pusat Pengurusan Bakat & Latihan ( CenTTM) UniSZA Kampus Gong Badak
Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my