Pusat Pemindahan Ilmu dan Pendidikan Berterusan (P2P), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran dan penghargaan atas kejayaan UniSZA menerima kelulusan sebagai Pusat Penilaian APEL (PPA) daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi peringkat:
?? Diploma (Tahap 4)
?? Ijazah Sarjana Muda (Tahap 6)
?? Ijazah Sarjana (Tahap 7) – secara kerja kursus, mod campuran dan penyelidikan
?? Ijazah Kedoktoran (Tahap 8 ) – secara penyelidikan
Kelulusan yang berkuat kuasa mulai 12 Mei 2026 ini mencerminkan komitmen berterusan UniSZA melalui Pusat Pemindahan Ilmu dan Pendidikan Berterusan (P2P) dalam memperkasa agenda pembelajaran sepanjang hayat serta memperluas akses pendidikan tinggi yang fleksibel, inklusif dan berkualiti kepada masyarakat.
Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah menyumbang ke arah pencapaian ini. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan dan kecemerlangan institusi pada masa hadapan.
Dihantar oleh: nurhanisah@unisza.edu.my