Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sukacita dimaklumkan Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan menganjurkan Kursus Asas Pengurusan Pejabat : Pengurusan Integriti dan Penerangan Akta 605 Kepada Staf Pentadbiran UniSZA Siri 2/2026. Tujuan kursus ini adalah untuk memahami konsep integriti dan menerangkan proses aduan, asas penilaian aduan dan tatacara pengendalian aduan serta memahami peruntukan Akta 605 serta jenis-jenis kesalahan tatatertib dan proses pengurusan tatatertib di UniSZA.
Maklumat kursus adalah sepertimana ketetapan berikut:
| TARIKH/ HARI: | 17 MEI 2026/ AHAD |
| MASA: | 8.30 PAGI - 4.30 PETANG |
| TEMPAT: |
DEWAN SEMINAR CenTTM 1 PUSAT PENGURUSAN BAKAT & LATIHAN (CenTTM) UniSZA KAMPUS GONG BADAK |
| PENCERAMAH: |
a) ENCIK MUHAMMAD AFIF BIN ABDULLAH PENASIHAT UNDANG-UNDANG PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG b) ENCIK MOHD ALI BIN HASHIM KETUA UNIT INTEGRITI PEJABAT NAIB CANSELOR c) PUAN MAJEDAH BINTI MOKHTAR KETUA PENOLONG PENDAFTAR PUSAT PENGURUSAN KECEMERLANGAN DAN INOVASI AKADEMIK |
Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh berhubung dengan Puan Anizan binti Jaafar, Ketua Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 013-9967388.
Kerjasama tuan/puan dalam menjayakan kursus ini adalah diharapkan dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian dan salam hormat.
Pusat Pengurusan Bakat & Latihan (CenTTM) UniSZA Kampus Gong Badak Tel : 09-6688378 / 019-9631663
Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my