Berita

Hebahan

BENGKEL PENYEDIAAN DOKUMEN PROJEK KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) HORIZON BAHARU SIRI 2/2026

BENGKEL PENYEDIAAN DOKUMEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) HORIZON BAHARU UniSZA SIRI 2/2026

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sukacita dimaklumkan Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan menganjurkan Bengkel Penyediaan Dokumen Kumpulan KIK Horizon Baharu UniSZA Siri 2/2026 . Bengkel ini bertujuan untuk membuat semakan terhadap penyediaan slaid projek Kumpulan KIK UniSZA Tahun 2026 dan membuat persediaan dokumentasi projek Kumpulan KIK UniSZA mengikut kriteria dan format yang ditetapkan bagi menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon Baharu Peringkat Universiti Awam (UA) Tahun 2026.

Maklumat program adalah seperti mana berikut:

TARIKH/ HARI: 10-11 JUN 2026/ RABU-KHAMIS
MASA: 8.30 PAGI - 4.30 PETANG
TEMPAT: DEWAN SEMINAR CenTTM 1, BANGUNAN PUSAT PENGURUSAN BAKAT & LATIHAN (CenTTM)      UniSZA KAMPUS GONG BADAK
PENCERAMAH:

ENCIK HUSAINI BIN ABD. RAZAB                                  TIMBALAN PENDAFTAR                                                  UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KELANTAN/ KETUA PAKAR RUJUK KIK UiTM

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Puan Anizan binti Jaafar, Ketua Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 013-9967388.

Kerjasama YBrs. Prof./Dr./tuan/puan dalam menjayakan bengkel ini adalah diharapkan dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian dan salam hormat.

Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.