Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sukacita dimaklumkan Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan menganjurkan Kursus Asas Pengurusan Pejabat Staf UniSZA : Penulisan Surat Rasmi dan Memo Berkualiti UniSZA Tahun 2026. Tujuan kursus ini adalah untuk membantu staf memahami format dan struktur surat rasmi dan memo berkualiti, menulis surat rasmi dan memo yang jelas, ringkas dan profesional serta menggunakan bahasa yang sesuai untuk pelbagai jenis komunikasi rasmi.
Maklumat kursus adalah seperti mana berikut:
| TARIKH/ HARI: | 24 JUN 2026 / RABU | |
| MASA: | 9.00 PAGI - 4.30 PETANG | |
| TEMPAT: |
DEWAN SEMINAR CenTTM 1 PUSAT PENGURUSAN BAKAT & LATIHAN (CenTTM), UniSZA KAMPUS GONG BADAK |
|
| PENCERAMAH: |
1. PUAN ZALEHA BINTI MAT YA'ACOB KETUA PENOLONG PENDAFTAR PEJABAT PENGARAH KAMPUS BESUT 2. PUAN NOOR SYILAWANI BINTI YEM KETUA PENOLONG PENDAFTAR EJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (A&A) 3. PUAN ZANARIAH BT. MOHD NOR@ABD. HALIM KETUA PENOLONG PENDAFTAR, CLMC 4. ENCIK WAN MOHD HASBULLAH W. ABD. RAHMAN PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT KANAN, PPIR |
|
Surat jemputan peserta yang terpilih telah diedarkan melalui dispecth dan e-mel kepada peserta yang terpilih mulai 18 Jun 2026 (Khamis). Sebarang pertanyaan YBrs. Prof./Dr./tuan/puan boleh berhubung dengan Puan Anizan binti Jaafar, Ketua Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 013-9967388.
Kerjasama YBrs. Prof./Dr./tuan/puan dalam menjayakan kursus ini adalah diharapkan dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian dan salam hormat.
Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) Bangunan Pusat Pengurusan Bakat & Latihan ( CenTTM) UniSZA Kampus Gong Badak
Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my