Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan menganjurkan Kursus “Smart Secretary”. Kursus ini antara lain bertujuan untuk melahirkan setiausaha yang berkaliber dan berintegriti tinggi serta mengamalkan etika kerja profesional dengan mematuhi prinsip integriti, menjaga kerahsian maklumat dan menampilkan sikap profesional dalam setiap aspek pengurusan serta pelaksanaan tugas.
Maklumat kursus adalah sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh/ Hari: 22-23 Jun 2026 (Isnin-Selasa)
Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Dewan Seminar CenTTM 1, UniSZA Kampus Gong Badak
Penceramah: i) Encik Nordin bin Kamsin, Insan HRD Consultancy, GAE Resources Sdn Bhd
ii) Encik Mohd Jahidin bin Marup, Insan HRD Consultancy, GAE Resources Sdn Bhd
Surat jemputan telah diedarkan melalui emel kepada peserta yang terlibat pada 24 Mei 2026 (Ahad). Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Puan Anizan binti Jaafar, Ketua Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-668 7926/ 013-996 7388.
Kerjasama YBrs. Prof./Dr./tuan/puan dalam menjayakan kursus ini adalah diharapkan dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian dan salam hormat.
Dihantar oleh: norlaili@unisza.edu.my