Berita

Hebahan

KURSUS BAHASA INGGERIS : COMMUNICATE WITH CONFIDENCE SERVE WITH EXCELLENCE STAF UniSZA 2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sukacita dimaklumkan Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan menganjurkan Kursus Bahasa Inggeris: Communicate with Confidence, Serve with Excellence Staf Kumpulan Pelaksana (Gred 5-6) UniSZA Siri 1/2026. Tujuan kursus ini adalah untuk membantu staf membantu staf meningkatkan kemahiran asas komunikasi Bahasa Inggeris dalam kalangan kakitangan pentadbiran dan memperkukuhkan keupayaan peserta menggunakan Bahasa Inggeris dalam urusan perkhidmatan pelanggan dan tugasan seharian.

Maklumat kursus adalah seperti mana berikut:

TARIKH/ HARI: 28 JUN 2026 / AHAD  
MASA: 9.00 PAGI - 4.30 PETANG  
TEMPAT:

DEWAN SEMINAR CenTTM 1                                        PUSAT PENGURUSAN BAKAT & LATIHAN (CenTTM), UniSZA KAMPUS GONG BADAK

 

PENCERAMAH:

ENCIK MOHAMAD MUHAYMEIN BIN AHMED ZAWAWI  GURU BAHASA                                                                      FAKULTI PENGAJIAN UMUM DAN PENDIDIKAN LANJUTAN (FUPL) UniSZA   

 

 

Surat jemputan peserta yang dipilih telah diedarkan melalui dispecth dan e-mel kepada peserta yang terpilih mulai 18 Jun 2026 (Khamis). Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh berhubung dengan Puan Anizan binti Jaafar, Ketua Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 013-9967388.

Kerjasama tuan/puan dalam menjayakan kursus ini adalah diharapkan dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian dan salam hormat.

Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM)                                                    Bangunan Pusat Pengurusan Bakat & Latihan ( CenTTM)                          UniSZA Kampus Gong Badak                   

Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.