Berita

Hebahan

PROGRAM MURABBI UNGGUL STAF PENTADBIRAN UniSZA 2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sukacita dimaklumkan Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan menganjurkan Program Murabbi Unggul Staf Pentadbiran UniSZA 2026. Tujuan kursus ini adalah untuk memahami konsep Murabbi dalam konteks kepimpinan dan pengurusan universiti, menghayati peranan pemimpim sebagai pembimbing. pendidik dan pembangunan insan serta memperkukuhkan kompetensi berteraskan nilai dan integriti.

Maklumat kursus adalah seperti mana berikut:

TARIKH/ HARI: 29 JUN 2026 / ISNIN  
MASA: 10.00 PAGI - 4.00 PETANG  
TEMPAT:

DEWAN SEMINAR CenTTM 1                                        PUSAT PENGURUSAN BAKAT & LATIHAN (CenTTM), UniSZA KAMPUS GONG BADAK

 

PENCERAMAH:

PROF. MADYA DR. MOHD SHAFIEE BIN HAMZAH            PENGARAH                                                                            PUSAT PENGURUSAN BAKAT DAN LATIHAN (CenTTM)    UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN

 

Surat jemputan peserta yang dipilih telah diedarkan melalui dispecth dan e-mel kepada peserta yang terpilih mulai 28 Jun 2026 (Ahad). Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh berhubung dengan Puan Anizan binti Jaafar, Ketua Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 013-9967388.

Kerjasama tuan/puan dalam menjayakan kursus ini adalah diharapkan dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian dan salam hormat.

Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM)                                                    Bangunan Pusat Pengurusan Bakat & Latihan ( CenTTM)                                        UniSZA Kampus Gong Badak 

Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.