Berita

Hebahan

PROGRAM HANDS ON: WRITING SYSTEMATIC LITERATURE REVIEW ARTICLE USING AI SIRI 2/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Program Hands On: Writing Systematic Literature Review Article Using AI Siri 2/2026. Program ini antara lain bertujuan untuk memahami dan melaksanakan Systematic Literature Review (SLR) secara sistematik, pencarian literatur strategik melalui pangkalan data seperti Scopus dan Web of Science (WoS) serta mengaplikasi Teknologi AI bagi menghasilkan Artikel SLR yang berkualiti.

Maklumat program adalah sepertimana ketetapan berikut:

Tarikh/ Hari:   12 - 13 Julai 2026 (Ahad - Isnin)

Masa:   9.00 pagi hingga 4.30 petang

Tempat:   Dewan Seminar CenTTM 1, UniSZA Kampus Gong Badak

Surat jemputan telah diedarkan melalui emel kepada peserta yang terlibat pada 28 Jun 2026 (Ahad). Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Puan Anizan binti Jaafar, Ketua Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-668 7926/ 013-996 7388.

Kerjasama YBrs. Prof./Dr./tuan/puan dalam menjayakan kursus ini adalah diharapkan dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian dan salam hormat.

Dihantar oleh: norlaili@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.