Berita

Hebahan

NOTIS GANGUAN BEKALAN ELEKTRIK DI KAMPUS GONG BADAK

NOTIS GANGUAN BEKALAN ELEKTRIK DI KAMPUS GONG BADAK.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Y.Bhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan

Untuk makluman semua, terdapat kerja-kerja penyambungan kabel bawah tanah di Pencawang Elektrik no. 9 untuk projek pengubahsuaian Kafe Ibnu Sina untuk dijadikan sebagai Pusat Kesihatan Pelajar UniSZA. Oleh sebab itu, gangguan bekalan elektrik akan terjejas sementara semasa kerja-kerja tersebut dilaksanakan.

Berikut adalah ketetapan butiran kerja yang akan dilaksanakan:-

TARIKH : 7.10.2026 (RABU)
MASA: 6 petang hingga 10 malam 

Senarai bangunan/kawasan yang terlibat (gangguan bekalan) adalah seperti di bawah:

1. PENCAWANG ELEKTRIK NO. 9
- Bangunan Canselori Lama
- Blok Anas, Bilal, Hamzah.
- Lampu gelanggang luar

Kami mohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku. Kerjasama dan perhatian dari pihak anda kami amat hargai. Harap maklum. 

Sekian, Terima Kasih.

Pusat Pengurusan Harta Benda,
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Dihantar oleh: ahmadumar@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.