Assalammualaikum & Salam Sejahtera...
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) dengan kerjasama Pejabat Pendaftar akan mengadakan Program Transformasi Minda (PTM) Staf UniSZA Siri 2/2026 bagi salah satu syarat untuk pengesahan jawatan staf lantikan tetap dalam perkhidmatan awam di UniSZA.
Maklumat kursus adalah sepertimana ketetapan berikut :
Tarikh/Hari : 25-29 Oktober 2026 (Ahad-Khamis)
Tempat : UniCamp Tembila, Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP), Besut, Terengganu Darul Iman.
Sehubungan dengan itu, semua peserta yang terlibat diwajibkan mengikuti kursus tersebut. Sekiranya terdapat peserta yang tidak menghadiri kursus tersebut tanpa alasan yang munasabah dan tidak memaklumkan kepada Pejabat CenTTM mengenai ketidakhadiran YBrs. Dr./tuan/puan ke kursus tersebut, YBrs. Dr./tuan/puan boleh dikenakan tindakan sepertimana Pekeliling Pendaftar Bil.2/2014 yang telah diwartakan. Sebarang pertanyaan dan makluman YBrs. Dr./tuan/puan bolehlah menghubungi Puan Anizan binti Jaafar, Ketua Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-8197926 / 013-9967388.
Kerjasama dan komitmen YBrs. Dr./tuan/puan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, untuk makluman.
Pusat Pengurusan Bakat & Latihan (CenTTM) Bangunan CenTTM UniSZA Kampus Gong Badak 21300 KUALA NERUS TERENGGANU DARUL IMAN
Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my