Berita

Hebahan

PERINGATAN KESELAMATAN WARGA UniSZA FASA PERALIHAN MONSUN: WASPADA HUJAN LEBAT & BANJIR

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Perhatian kepada seluruh warga Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), sepanjang tempoh Fasa Peralihan Monsun ini, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan berlakunya hujan lebat, ribut petir, angin kencang dan kejadian banjir kilat.
???? Langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil:
? Sentiasa peka terhadap amaran cuaca dan maklumat terkini daripada pihak berkuasa.
? Elakkan meredah atau melalui kawasan yang dinaiki air serta jalan yang berisiko banjir.
? Pastikan kenderaan diletakkan di kawasan yang selamat dan tidak berisiko ditenggelami air.
? Berhati-hati ketika memandu, khususnya semasa hujan lebat dan keadaan jalan yang licin.
? Jauhi pokok besar, struktur tidak stabil dan kawasan terbuka semasa ribut petir.
????? Utamakan keselamatan diri, rakan sekerja, pelajar dan seluruh komuniti kampus. Sentiasa berwaspada dan ambil langkah pencegahan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
 
???? Keselamatan tanggungjawab bersama.

Dihantar oleh: annasibrahim@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.