NOTIS PENUTUPAN JALAN BAGI KERJA PENURAPAN JALAN DI UniSZA KAMPUS GONG BADAK DAN LALUAN ALTERNATIF
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Y.Brs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
Untuk makluman semua, kerja-kerja penurapan jalan akan dilaksanakan di sebahagian laluan dalam UniSZA Kampus Gong Badak iaitu bermula dari kawasan Bulatan Jalan Utama sehingga persimpangan Laman Selera. Sehubungan itu, jalan tersebut akan ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penurapan jalan tersebut sepertimana butiran di bawah dan di dalam poster:-
Tarikh: 3 - 4 November 2026 (Selasa - Rabu)
Masa: Bermula 6.00 pagi sehingga selesai
Sila rujuk poster bagi laluan alternatif yang akan digunakan sepanjang kerja-kerja dijalankan.
Sekian, terima kasih.
Pusat Pengurusan Harta Benda,
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Dihantar oleh: farahsyazwana@unisza.edu.my