Mikroplastik ialah zarah plastik bersaiz sangat kecil, iaitu kurang daripada 5 milimeter, yang terhasil daripada penguraian bahan plastik atau dihasilkan dalam bentuk zarah halus.
Mikroplastik boleh memasuki tubuh manusia melalui beberapa laluan, antaranya pengambilan air minuman, makanan seperti ikan dan makanan laut, serta penyedutan udara yang tercemar.
Pendedahan kepada mikroplastik menimbulkan kebimbangan terhadap kesihatan manusia kerana zarah ini berpotensi mencetuskan keradangan, tekanan oksidatif dan gangguan fungsi sel. Walau bagaimanapun, kesan jangka panjang serta tahap risiko sebenar terhadap manusia masih dalam kajian saintifik.
Dihantar oleh: nabillaaffiqqah@unisza.edu.my